Singapura
tewas sebab permukaan padang dipenuhi air
PENGENDALI
Singapura, V. Sundramoorthy mendakwa keadaan padang yang dipenuhi air sebagai
punca kekalahan 0-1 kepada Harimau Muda pada Pestabola Merdeka 2013 di Stadium
Darulmakmur, Kuantan, Pahang semalam.
Sebelum
perlawanan bermula, hujan lebat turun di Kuantan dan menyebabkan padang itu
ditakungi air.
Sundramoorthy
berkata, keadaan padang yang dipenuhi air itu telah 'merosakkan' tempo
permainan pasukan kendaliannya sehingga mereka tidak mampu bergerak serta
menyepak bola dengan sempurna.
"Saya
berharap pada aksi kedua nanti keadaan cuaca dan padang memihak kepada kami.
Saya percaya para pemain saya akan bangkit selepas ini.
"Bagaimanapun,
saya berpuas hati dengan persembahan semua pemain dalam perlawanan sebentar
tadi (semalam) walaupun kami datang ke Kuantan tanpa enam atau tujuh pemain
utama," kata Sundramoorthy.
Pengendali
berusia 47 tahun itu berkata, walaupun kebanyakan pemain yang dibawa ke sini
adalah pemain-pemain kurang berpengalaman, beliau memuji keserasian dan
komitmen tinggi yang ditunjukkan dalam aksi bertemu Harimau Muda itu.
Beliau turut
mengakui sangat terasa ketiadaan penyerang utama, Hariss Harun dan penjaga gol,
Izwan Mahbud yang tidak disenaraikan pada kejohanan kali ini kerana komitmen bersama
skuad senior.
"Saya
akui Hariss dan Izwan mempunyai pengaruh besar dalam skuad ini. Kehadiran
mereka dalam pasukan bakal menambah keyakinan seluruh pemain namun saya tidak
kecewa kerana saya percaya dengan barisan yang saya miliki ketika ini.
"Saya juga
mahu mereka (pemain) melupakan kekalahan ini seterusnya memberi tumpuan kepada
dua aksi berikutnya dan tidak mustahil kita (Singapura-Malaysia) akan bertemu
di final," katanya.
No comments:
Post a Comment