Portal
jual bawang 45 sen sekilogram
NEW DELHI -
Sebuah portal beli-belah utama mendapat sambutan hangat di India kerana
menawarkan bawang pada harga jauh lebih murah berbanding harga pasaran.
Portal
berkenaan, Groupon menawarkan barangan itu pada harga runtuh iaitu hanya 14 sen
(45 sen) sekilogram (kg), Khamis lalu.
Tawaran
tersebut dibuat ketika harga sayuran dan bawang meningkat dengan mendadak di
India.
Setakat
kelmarin, seramai 8,057 pelanggan telah membeli bawang tersebut secara dalam
talian. Bawang merupakan antara ramuan paling penting dalam masakan di India.
Pihak
Groupon juga telah menjual sebanyak 5,000 kg bawang di laman webnya sejak
tawaran tersebut disiarkan.
"Pada
hari pertama ia ditawarkan, sebanyak 5,000 kg telah dijual. Hari ini (kelmarin)
laman web kami tergendala selama 10 minit kerana terlalu banyak permintaan yang
diterima," kata Ketua Eksekutif Groupon India, Ankur Warikoo.
"Sambutan
yang kami terima benar-benar hebat," tambahnya.
Menurut
Ankur, ini kali pertama portal beli-belah berkenaan menjual bawang di internet
pada harga runtuh.
Firma internet
antarabangsa tersebut beribu pejabat di Amerika Syarikat. - AFP
No comments:
Post a Comment