Yusry
bangga terbit filem Vikingdom
Kelainannya,
Vikingdom membawa pertembungan antara epik dan fantasi, antara wira Viking
iaitu Eirick dari Jomberg dengan Thor, Dewa Guruh yang mahu menakluk dunia.
Sejak awal
lagi, pembikinan filem Inggeris khususnya epik oleh Yusry telah dipersoalkan.
Mitos dan kisah Melayu sendiri pun banyak yang belum diterokai, inikan pula
legenda Barat yang hendak diangkat. Berbicara tentang filem yang bakal menemui
penonton bermula 12 September nanti, Yusry tidak pernah hilang prinsip.
Seiring
angin patriotik yang masih berhembus segar sepanjang bulan kemerdekaan ini,
sengaja isu patriotik diselitkan dalam pertemuan bersama Yusry dan heroinnya,
Natassia Malthe, baru-baru ini.
Kata Yury,
benarlah Vikingdom filem berbahasa Inggeris yang dihasilkan oleh karyawan
Melayu. Ia merupakan filem legenda dan fantasi yang sering wujud dalam
filem-filem Hollywood. Namun, katanya, di peta dunia perfileman antarabangsa,
Vikingdom ialah filem Malaysia.
"Vikingdom
ialah filem tempatan, cuma pengisiannya dari luar. Kalau hendak bercakap
tentang patriotik, KRU Studio's pernah menghasilkan 29 Februari. Kisah
asal-usul Raja Kedah pun kita sudah buat menerusi Hikayat Merong Mahawangsa.
Jadi, Vikingdom cuba lari daripada apa yang telah ada dalam pasaran filem tanah
air.
"Sebelum
ini, dalam industri filem tempatan sudah ada filem berbahasa Inggeris tapi
kandungannya masih tempatan dengan pasarannya tidak besar. Skrip Vikingdom itu
sendiri sudah ada pasaran di luar negara. Saya percaya, pasaran filem Inggeris
di Malaysia sendiri sangat bagus. Itu yang cuba saya lakukan," kata Yusry
sambil mengaku memang tiada elemen Melayu yang dipaparkan dalam filem itu.
Tambahnya:
"Kami mahu masuk dalam peta dan pasaran filem global. Itu fokus kami.
Memang tiada elemen Melayu di depan kamera kecuali wajah Eurasian sebagai
karakter utama dan watak-watak tambahan. Tapi, filem ini menggunakan 100
peratus tenaga anak tempatan."
Yusry bebas
berimaginasi
Mengambil
mitos dan legenda Barat juga memberi kebebasan kepada Yusry bermain fantasi dan
menokok tambah di sana sini mengikut pemahamannya sendiri.
"Saya
tidak membesar dengan legenda Barat. Jadi, kena baca banyak buku dan buat
rujukan. Walaupun ada sejarah dan mitos, tapi ia juga sebuah fiksyen,"
jelas Yusry.
Jika selama
ini Thor selalu divisualkan sebagai Dewa Petir yang baik namun menerusi
Vikingdom, dewa yang mempunyai tukul sakti tidak boleh disamakan dengan
karakter Thor yang sering dilihat dan dibaca menerusi komik Marvel.
"Setiap
watak dalam filem itu diubah suai mengikut imaginasi saya. Orang selalu lihat
Thor sebagai adiwira yang berambut kuning keemasan tapi dalam Vikingdom, Thor
jadi watak antagonis dan berambut merah. Saya cuba tidak terikat dengan mitos
dan sejarah Barat," tegas Yusry banyak menambah-nambah elemen epik dan
fantasi dalam naskhah tersebut.
Dia paling
banyak berdepan masalah untuk menzahirkan visual fantasi ke dalam filem
berlatarkan zaman Viking itu.
"Contohnya,
dalam skrip ada bercerita tentang pertarungan antara Dominic Purcell (Eirick)
dengan beruang. Bagaimana hendak bawa beruang ke lokasi, jadi kami menggunakan
set beruang animaltronik yang kemudiannya menjalani proses imej janaan komputer
(CGI). Kami juga menggunakan 50 ekor kuda untuk babak perang dan pengembaraan.
Kuda pun susah untuk dikendalikan," kata Yusry.
Filem
Vikingdom dibarisi bintang antarabangsa iaitu Dominic Purcell yang pernah
terkenal menerusi Prison Break, Mission: Impossible II dan Blade.
Aktres dari
Kanada kelahiran Norway, Natassia Malthe turut membintangi filem itu. Dia
pernah berlakon dalam filem Elektra. Seorang lagi bintang antarabangsa, Conan
Stevens yang pernah berlakon dalam filem The Hobbit: An Unexpected Journey
turut berlakon dalam filem tersebut.
konon-kononnya
macam ada salji. Benda-benda begitu sedikit sebanyak mengganggu sedikit mental
dan fizikal pelakon kami termasuk juga warga produksi. Tapi, hasilnya, kita
boleh buat.
"Selain
itu, kami juga melakukan penggambaran di Gua Tempurung, Kellie's Castle di
Perak serta di Filem Negara. Bayangkan kita boleh buat penggambaran filem
legenda Barat di Puncak Alam," ujar Yusry sedikit sebanyak mengagumi cara
kerja pelakon luar yang terlibat termasuklah Natassia, satu-satunya kesatria
wanita yang membelasah lelaki dalam filem itu.
Natassia
separuh Malaysia
Pujian layak
diberikan kepada Natassia Malthe, satu-satunya pelakon Vikingdom yang turun ke
Kuala Lumpur untuk promosi filem berkenaan. Kebetulan berada di Phuket,
Thailand untuk menjayakan sebuah produksi sekitar Julai lalu, Natassia tidak
keberatan kembali ke Malaysia untuk berkongsi cerita.
"Terlibat
dalam Vikingdom beri pengalaman unik kepada saya. Filem ini membawa saya ke
negara kelahiran ibu saya. Selama ini saya hanya dengar, rasa dan kenal nama
Malaysia daripada ibu saya. Dia berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan berkahwin
dengan bapa saya yang berasal dari Norway. Separuhnya daripada diri saya ialah
Malaysia.
"Banyak
persamaan dapat saya rasakan terutamanya tentang orang-orang Timur dan masakan
yang selalu disediakan oleh ibu," cerita Natassia tentang ibunya, 71, yang
berpindah ke Kanada sejak berusia 26 tahun.
Menjadi
satu-satunya kesatria wanita dalam fiksyen yang penuh babak pengembaraan dan
aksi itu, faktor itu juga merupakan dorongan kuat untuk wanita yang memiliki
asas tarian balet dan seni mempertahankan diri itu terlibat dalam filem arahan
anak Melayu.
"Asalnya
cita-cita saya mahu jadi penari balet nampaknya banyak membantu saya untuk
berlakon filem aksi. Saya memang sukakan filem aksi begitu juga dengan genre
mistikal dan epik," katanya yang pernah berlatih seni mempertahankan diri
bersama aktor Jackie Chan satu ketika dahulu.
Melakonkan
watak Brynna, Natassia satu-satu bunga di antara duri-duri yang digeruni. Dia
juga seorang penggoda tetapi tidak hanya dengan senyuman dan memiliki bentuk
badan yang mengiurkan.
"Brynna
seorang yang berprinsip dan punya kredibiliti untuk dihormati. Dia melambangkan
wanita yang kuat, mampu membelasah ramai Viking yang berbadan besar. Itu yang
membuatkan karakter itu menjadi sangat menarik," ujar Natassia, 37, yang
melakonkan semua aksi lagak ngeri untuk watak Brynna.
Yusry
mengaku bahagian paling sukar dalam pembikinan Vikingdom ialah proses
penggambaran. Pembikinannya juga memiliki persamaan dengan filem 300 kerana
penggambaran dilakukan di dalam studio pentas bunyi dengan penggunaan teknik
CGI bagi menghidupkan suasana surreal bagi filem aksi.
"Memanglah
proses CGI dan suntingan mengambil masa lebih setahun tapi bahagian paling
susah adalah pra produksi dan penggambaran filem itu.
"Kami
tidak punya bajet besar untuk menerbangkan warga produksi ke luar negara. Jadi,
kami memutuskan penggambaran dilakukan 100 peratus di Malaysia dan cabaran
utama adalah mencari kawasan yang hampir sama dengan keadaan di luar negara.
"Bagaimanapun,
akhirnya kami menjumpai kawasan bukit di Puncak Alam, Selangor. Sepanjang 10
hari penggambaran dilakukan di situ, suasana panas terik sedangkan kami kena
beraksi
No comments:
Post a Comment