BAM
laksana sistem baharu
Oleh MOHD.
IKHSAN
FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my
FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my
“TMG akan
menjaga elemen kemanusiaan pembangunan badminton atau dalam kata lain
mengadakan kejohanan di peringkat negeri dan kelab.
“Jadi,
pasukan ini perlu merancang pelan untuk skuad negara, pelapis, Sekolah Sukan
Bukit Jalil (SSBJ) untuk sekarang, dua setengah tahun (pemain senior), empat
tahun (pelapis) dan enam hingga tujuh tahun (remaja).
“SSG pula
yang akan menyediakan fasiliti, isu disiplin dan sebagainya akan diketuai oleh
Pengurus Besar BAM (Kenny) serta persiapan akhir akademi BAM pula ditugaskan
kepada (Timbalan Presiden), Datuk Mohamad Norza Zakaria,” kata Tengku Mahaleel
ketika menjelaskan mengenai pelan itu selepas Mesyuarat Ahli Majlis BAM di
Hotel Grand Dorsett Subang, Kuala Lumpur semalam.
Mesyuarat
itu turut memutuskan bahawa sistem ranking kebangsaan akan diperkenalkan dan
setiap pemain negara sama ada di BAM atau di kelab akan dinilai menerusi
kejohanan untuk mengisi slot lima pemain terbaik.
“Sebelum
ini, kedudukan ranking hanya berdasarkan dengan Persekutuan Badminton Dunia
(BWF) iaitu penilaian daripada kejohanan peringkat antarabangsa.
“Jadi,
pemain bukan daripada BAM bebas untuk bersaing dengan pemain kebangsaan.
Sekiranya berjaya berada dalam kelompok lima pemain terbaik, mereka berpeluang
untuk mewakili negara,” kata Tengku Mahaleel.
Penubuhan
pasukan TMG yang didedahkan oleh Tengku Mahaleel semalam sekali gus menamatkan
desas-desus mengenai pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan
Latihan (CTC) yang sebelum ini dikatakan milik legenda badminton negara, Aik
Mong.
Ternyata
penglibatan Aik Mong dalam Program Road To Be A Champion bersama Persatuan
Badminton Negeri Kelantan (PBNK) pada awal tahun ini memikat Tengku Mahaleel
untuk membantunya merealisasikan program hala tuju BAM.
Dalam
pasukan TMG, Aik Mong akan dibantu oleh beberapa bekas pemain kebangsaan serta
pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei.
“Dia (Aik
Mong) telah membuktikannya (kebolehan) kepada saya di Kelantan dan menemui dua
pemain berpotensi berusia tujuh tahun dan dia juga merupakan bekas ketua
jurulatih Malaysia dan pemain No. 3 dunia pada tahun 1960 dan 1970.
“Dia
dilantik sebagai pengarah dalam TMG dan akan dibantu oleh bekas pemain-pemain
yang pakar dalam cara permainan dahulu seperti Razif Sidek dan mungkin Cheah
Soon Kit serta Datuk Lee Chong Wei.
PERSATUAN
Badminton Malaysia (BAM) melaksanakan sistem baharu apabila menubuhkan Kumpulan
Pengurusan Bakat (TMG) dan Kumpulan Perkhidmatan Sokongan (SSG) sebagai pelan
strategik lima tahun dalam misi untuk membentuk pasukan impian negara.
Dua kumpulan
itu diketuai bekas pemain perseorangan era 60-an, Tan Aik Mong sebagai Pengarah
TMG dan Pengurus Besar BAM, Kenny Goh dilantik mengetuai SSG.
Pelantikan
Aik Mong dan Kenny dalam dua kumpulan itu mengubah landskap yang sebelum ini
diputuskan oleh exco BAM sebelum dibawa dalam mesyuarat Ahli Majlis BAM.
Presidennya,
Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff berkata, kedua-dua pasukan itu mempunyai
tugas-tugas berbeza yang lebih terperinci.
No comments:
Post a Comment