Jalan
150 meter untuk buang tatu
Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my
norlida.idros@kosmo.com.my
BUKIT KAYU HITAM - Taktik sembilan
lelaki disyaki ahli kumpulan kongsi gelap 04 dan 08 berjalan kaki sejauh 150
meter dengan cuba menyelinap masuk ke negara jiran untuk membuang tatu kumpulan
masing-masing gagal apabila mereka diberkas petang kelmarin.
Suspek yang berusia 24 hingga 47
tahun itu diberkas secara berasingan sejak pukul 7.30 petang di Kompleks
Imigresen Kuarantin dan Kastam (CIQ) dekat sini.
Ketika diperiksa, kesemua mereka
memiliki tatu termasuk corak harimau dan helang pada tubuh masing-masing
mewakili kumpulan samseng yang telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri
(KDN) baru-baru ini.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian
Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan
berkata, pihaknya percaya sembilan lelaki tersebut mahu melarikan diri daripada
pihak berkuasa yang sedang menggempur penjenayah menerusi Ops Cantas Khas sejak
17 Ogos lalu.
"Kita tidak menolak kemugkinan
kumpulan suspek ini pergi ke Thailand untuk membuang tatu pada badan mereka
selepas diharamkan KDN," katanya ketika ditemui selepas melakukan
pemeriksaan terhadap kenderaan yang masuk dari Thailand di CIQ kelmarin.
No comments:
Post a Comment